Sabtu, 18 Mei 2013

10 Kata-Kata Semangat Melawan Kegagalan




Di bawah adalah 10 kata bijak dari tokoh-tokoh dunia tentang bagaimana sepatutnya kita menghadapi kegagalan dan bagaimana untuk menaikkan semgat kita melawan kegagalan :


1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.” (John F. Kennedy)


2. “Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.”
(Orison Swett Marden)


3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” (Confucius)


4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini dikeranakan orang-orang tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan kejayaan semasa mereka menyerah.” (Thomas Alva Edison)


5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua perkara. Iaitu, orang yang berfikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berfikir.” (W.A. Nance)


6. “Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Churchill)


7. “Tidak ada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan itu terjadi kerana persiapan, kerja keras dan ingin belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)


8. “Orang-orang yang gagal dibahagi menjadi dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya dan mereka yang melakukan kegagalan dan tidak pernah memikirkannya.”
(John Charles Salak)


9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan; tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)


10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan semula dengan lebih cerdik.”
(Henry Ford)


Ternyatalah bahawa tidak ada orang yang gagal namun yang ada adalah orang yang berfikir dirinya gagal. Gagal bukanlah satu kesalahan, kegagalan hanyalah sebuah proses menuju kejayaan yang lebih besar.

Selasa, 16 April 2013

"Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan"




Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).

Imam Ghazali dah pesan, if sape2 yg dah ada amanah n hadiah dpt gak perempuan camni sbgi isteri, better ajar cukup2, lembut sgt tegur nnt naik kepala, dorgkan Allah swt jadikan dari tulang rusuk yg bengkok, if start sepak terajang cela maki hamun suami, sepatah tegur 1,200x per second dia menjawap.. kalau dok wat keras kepala gak, jgn risau ma brotha guna ilmu apa yg Rasulullah saw guide, if brutal gak auto si isteri tu siang malam seluruh penghuni langit bumi menyumpah2 selama mana dia belum minta ampun dari suaminya, termasuk bidadari syurga yg lebih berbillion kali ganda awesome cun cantik dari dorg menyumpah seranah si isteri dunia, xngaji xtahu.. dok ikut sgt emo telunjuk setan, tul tak?

Isnin, 25 Mac 2013

10 Perkara Mengaibkan Lelaki



LELAKI memang terkenal dengan sifat ego dan tidak mahu mengalah. Pantang dicabar dan tidak suka dipermainkan adalah sifat peribadi kebanyakan lelaki yang kadang kala sukar difahami.

Hampir setiap ketika, lelaki seboleh-bolehnya mahu menunjukkan kemampuan dan kehebatan mereka walaupun pada hakikatnya, mereka mungkin tidak berupaya. Mengikut pandangan psikologi, sifat yang ada pada lelaki ini diklasifikasikan sebagai identiti gender.

Jejaka yang penuh dengan sifat ego dan tidak boleh menerima kenyataan jika dimalukan, mungkin dipengaruhi faktor persekitaran seperti didikan ibu bapa dan pendedahan budaya. Ada juga pendapat menyatakan lelaki tidak boleh menerima fakta dirinya dimalukan berbanding wanita.

Dibawah ini 10 perkara atau insiden yang boleh mengaibkan lelaki. Sama ada disedari atau tidak, sifat pemalu memang wujud dalam diri jejaka tanpa mengira latar belakang, pendedahan atau kelompok usia.

MENANGIS

Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita.

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.

TERJATUH

Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay?

TIDAK CUKUP DUIT

Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup.

Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan.

Apa yang perlu dilakukan?

Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya.

KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN

Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya.

Apa yang perlu dilakukan?

Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda.

DIHINA

Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula.

Apa yang perlu dilakukan?

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina.

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.

DIKALAHKAN

Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam.

Apa yang perlu dilakukan?

Sentiasa percaya kepada takdir dan tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan.

TERBONGKAR

Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan.

Apa yang perlu dilakukan?

Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini.

LUPA HARI ISTIMEWA

Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia atau isteri.

Apa yang perlu dilakukan?

Mulalah menyusun kembali rutin hidup. Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya.

PENDEK

Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okay?

Apa yang perlu dilakukan?

Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka!

JERAWAT

Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.

Apa yang perlu dilakukan?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.

7 Jenis Wanita Yang Tidak Bersyukur




Ada wanita yang cukup kenal erti bersyukur. Malah ada wanita yang tahu natijah mereka itu sebagai seorang wanita dan mengapa mereka dijadikan oleh Allah sebagai seorang wanita. Wanita yang berada dalam golongan ini adalah mereka yang tidak “demand” dan mempunyai rasa tawadduk yang tinggi.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga wanita yang “lupa diri”. Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”. Mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.

Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa yang Allah telah berat sebelah. Mari kita lihat siapakah wanita-wanita ini dan jika ada di antara pembaca blog ini yang sudah mula persoalkan soalan yang disenaraikan di bawah, bolehlah bermuhasabah sebelum terlambat.

Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan ISTERI A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suamikita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan D:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai wanita yang angkuh dengan suaminya”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Jumaat, 22 Mac 2013

Kereta Termahal di Dunia

10 kereta termahal di dunia 

1. Bugatti Veyron Supersport 


Dengan harga $ 2.6 juta, Bugatti Veyron Supersport jadi kereta termahal di dunia saat ini. Veyron akan memanjakan anda dalam kemewahan dan kelajuan super.

2. Ferrari 599XXX


Ferrari belum mengumumkan harga rasmi untuk produk terbarunya tapi diperkirakan kereta Ferrari 599XXX ini akan dijual dikisaran harga USD 2 juta.

3. Zenvo ST1


Ternyata Denmark tidak hanya terkenal karena bir Carslberg dan Hans Christian Andersen, negara inipun mampu membuat kereta super mahal berjenama Zenvo yang harga USD 1,8 juta


4. Koenigsegg Agera R


Tidak mahu kalah dengan jirannya Denmark yang menghasilkan Zenvo, swedia pun membuat kereta termahal, Agera Koenigsegg dengan harga USD 1.5 juta


5. Aston Martin One-77


Jenama legenda Aston Martin akan menghasilkan kereta Aston Martin One -77 dengan jumlahnya sangat terhad hanya sesuai Tempahan. Kereta ini dihargai USD 1.4 Juta


6. Maybach Landaulet


Salah satu kereta kegemaran Madonna dan Jay Z iaitu Maybach Landaulet. Kereta ini berharga USD 1.4 Juta


7. Pagani Huayra


Huayra adalah kereta super kedua yang dihasilkan Pagani setelah berjaya dengan Zonda. (Yang dihasilkan hanya 12 kereta setiap tahun). Pagani Huayra mungkin dihasilkan lebih banyak dari Zonda dan akan dijual di Amerika dengan harga: $ 1.3 juta


8. Hennessey Venom GT


Kereta pengeluaran Amerika Venom Hennesey ini dibanderol dengan harga: $ 1 juta


9. SSC Tuatara


Satu lagi produk buatan Amerika iaitu, Tuatara dijual dengan harga $ 970,000


10. Porsche 918 Spyder


Di tempat terakhir adalah Porsche Spyder yang harganya $ 845,000

Seram...Hantu di lebuh raya yang benar-benar wujud






MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

ANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.




GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.





Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Selasa, 19 Mac 2013

Kisah Ular Tunggu Mayat







Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.
Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.
MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.