Khamis, 21 Februari 2013

Cara-cara bagaimana hendak bagi bateri laptop anda tahan lama....


Ramai jugak aku dengar yang merungut sebab bateri laptop diorang tak tahan lama. Tapi takpe, aku nak kongsikan sedikit cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama.

1. Elakkan guna ‘high performance’ dekat power setting sekiranya guna bateri.   

2. Kecerahan skrin perlu di adjust sebabnya kalau skrin korang tu terang sangat guna bateri pun kuat la.

3. Jangan letak laptop atas katil kerana laptop cepat panas dan dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

4. Jangan cucuk external hard disk, wireless mouse dan keyboard ketika laptop guna bateri

5. Uprgrade RAM kerana RAM yang perlahan boleh menyumbang kepada penggunaan bateri yang lebih. 

6. Pastikan kipas bawah laptop tu tak kotor dan condongkan laptop tu sikit untuk pengudaraan. Kalau laptop korang panas, kipas laptop korang akan berpusing dengan lebih laju dan akan menggunakan bateri lebih. So rajin-rajinkan la tangan tu mencuci kipas laptop ye.

7. Kalau ada power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply. 

8Cucuk ke power supply bila dah keluar notification bateri nak habis. Sebab baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak. So, bateri akan cepat rosak. 

9. Tukar bateri baru untuk laptop setiap 18 bulan. 

Aku guna laptop ni dah dekat 5 tahun. Bateri laptop aku ni dah teruk sangat. Tak sampai 15 minit dah habis bateri. Lagi satu bateri laptop ni pun mahal jugak. Memang lagi la berat nak tukar. Laptop korang macam mana? Aku yakin korang pun tak pernah tukar jugak kan..kekeke

Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan? nak tahu mari lihat....



Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

Pesanan Roh Pada Manusia....insaf la anda sekalian


PESANAN ROH PADA MANUSIA | Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah saw lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
“Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Renungkanlah…..
Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Selasa, 19 Februari 2013

Mengalami Masalah Internet Lambat....di sini ada Penyelesaiannya



CARA-CARA :


1) Start > Run > taip gpedit.msc

2) Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'
-- click pada Local Group Policy > Computer Configuration > Administrative Templates > Network > klik pada QoS Packet Scheduler

3) Di sebelah page tu, ada tulis Limit reservable bandwidth

4) Klik kanan Limit reservable bandwidth > Properties atau Edit > Enable > dekatBandwidth limit (%) > set pada 100

5) OK. Siap. Try surfing internet

Ahad, 17 Februari 2013

Razer Game Booster untuk Gila Game


Razer Game Booster enters closed beta, ready to fine tune your rig

Normally we associate Razer with hardware. Gaming micekeyboards and headsets are the company's bread and butter. It even has a laptop geared expressly towards the serious pixel pusher. But, you might be surprised to learn it's also in the software business. The latest member of its burgeoning application family is the Razer Game Booster. Based largely on IObit's app of the same name, the new downloadable utility will crank your rig to 11. There are three basic features, the most important being Game Mode which, with the click of a button, shutsdown unessential services and programs to keep your PC focused on the task at hand. (We assume that involves killing something or other with a large weapon.) There's also a calibration guide that ensures your drivers are up to date and your essential gaming files are properly defragged. Last is Share Mode, which allows you to take screen shots or capture live audio and video to preserve your accomplishments. For now Razer Game Booster is in private beta, but you can request an invite at the source link. And don't miss the PR and video after the break.

Download di sini

http://www.iobit.com/gamebooster.html

Anti Virus yang Teringan



Microsoft Security Essentials

Microsoft Security Essentials: Ini adalah antivirus yang baru oleh Microsoft, ia adalah benar-benar bebas, ia adalah satu perisian yang sangat ringan dengan kadar pengesanan yang sangat baik dan mampu mengesan malware, Trojan, rootkit, virus. Kemas kini automatik bekerja halus dan pangkalan data antivirus boleh dikemas kini secara automatik apabila kemas kini baru boleh didapati. Antara muka perisian juga sangat mudah untuk digunakan, ia adalah agak ringan dan menggunakan sumber-sumber sistem yang kurang daripada kebanyakan perisian lain.

Anda mahu Cuci Laptop,PC, or Notebook disini ad Penyelesaiannya CCleaner 3.27.1900 Latest Version





Introduction: CCleaner 3.27.1900
Free Download CCleaner 3.27.1900 Latest Version a utility for cleaning the debris in the operating system. In the course of their work CCleaner (Crap Cleaner) is looking for and removes unused files. These include: cookies, history, visiting sites in IE, temporary Internet files, search strings, files, Recycle Bin, etc. Also search for temporary files of third-party applications: Firefox, Opera, Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, Office XP, Nero, Alcohol 120, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip, GetRight, Morpheus, Download Accelerator Plus, VirtualDub , ZoneAlarm and many others. Can be subjected to cleaning and registry Windows, ridding it of its unnecessary extensions of the old library dll and wrong ways, which accumulate in considerable quantities, especially after the installation and removal of a variety of programs. Doing all of these operations on your system, you not only free up disk space, but also increase overall system performance.


CCleaner cleans the following components:
»Internet Explorer
“Cart
“The Clipboard
“Temporary Windows files
“Windows Logs
“The list of recent documents (in the Start menu)
“The history of executed commands (Start)
“The history of the assistant search in Windows XP
“Obsolete Data Prefetch in Windows XP
“Memory dumps after crashes Windows
“Chkdsk file fragments

Advanced options allow you to clean:
“The cache priority menu
“Cash Tray posts
“The cache sizes and locations Windows
“The history of aid to the user
“IIS log files
“Additional Folders

Cleaning of other programs:
CCleaner removes not only the old files and other data are standard components of Windows, but also allows you to clean up temporary files, recent document lists, in many other programs:
»Firefox
»Opera
»Safari
»Media Player
»EMule
»Kazaa
»Google Toolbar
»Netscape
»Microsoft Office
»Nero
»Adobe Acrobat Reader
»WinRAR
»WinAce
»WinZip
“And the other …

Cleaning the registry:
CCleaner uses an advanced registry cleaner for testing the various problems and inconsistencies. It examines:
“File extensions
“ActiveX controls
»ClassIDs
»ProgIDs
»Uninstallers
“Shared DLL
»Fonts
»Links help files
“Way Application
“Badges
“Wrong labels

Safety:
From the outset, CCleaner developed a safe and secure program. It has several powerful levels of inspection, to be sure that no sensitive information or document would not be removed. We also guarantee that CCleaner does not have spyware or adware.

Privacy Policy:
For superostorozhnyh users, we also provide the function of permanently erasing files with multiple rewrites, which does not allow to restore them in any way.

Changes in CCleaner 3.27.1900 (24 Jan 2013):
- Added cleaning for Internet Explorer Metro Cache.
- Added cleaning for Internet Explorer Metro History.
- Added Google Chrome v24 support.
- Improved Firefox compatibility on v17 and newer.
- Improved Google Chrome extension compatibility.
- Improved Unicode text support.
- Added Burmese translation.
- Minor GUI improvements.
- Minor bug fixes.

Download Links:
Password: |daoud|

Jumaat, 15 Februari 2013

Enam Kelemahan Jin









Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah
Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).
Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:
“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).
Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).
3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.
Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:
“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).
Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:
“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim).
4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).
5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).
6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Reput Dalam Kubur




Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
1-Para Nabi-Nabi
2-Para Ahli Jihad Fisabilillah
3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang         sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina








My design chinesse new years............

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan kita yang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyaksikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.

Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan rumah ita ni dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum dan yang paling penting dapat buah oren berkotak-kotak hahahahaha..........Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka..

Sabtu, 9 Februari 2013

Cara lajukan laptop dengan software Advanced SystemCare 6 + serialkey






2012 Advanced System Care 6 Pro License Key

Advanced SystemCare 6 ialah perisian maintenance Windows sama seperti TuneUp Utilities, ccleaner dan sebagainya. Ianya adalah percuma tidak seperti TuneUp dan guna mempunyai lebih banyak option berbanding Ccleaner.

Perisian ini mengandungi banyak tools untuk mencuci Windows, melindungi daripada malware, melajukan startup, clear registry dan banyak lagi options.

Download
AdvancedSystemCare6

Ini adalah kunci lesen baru untuk kemas kini baru. * talian pengaktifan!


CC52B-28CB1-DAF12-A96D6

Baru: 65792-57FC4-5CEC1-677C4
Advanced System Care with Antivirus 2013
Key: 94ABB-892A2-78B72-6DFD6




Try to Disconnect from internet if you cant active it online for Advanced System Care with Antivirus 2013 Key.

Khamis, 7 Februari 2013

Add A Blogger Follow Button without Followers!

I was really wondering how can I add a Blogger Follower button without displaying the followers and that bulky blogger widget. After some research and some rational thinking I came up with a simple trick which will help you add this button with least effort.

I always hated that bulky looking follow widget in blogger and I finally came up with a very simple and light weight widget which you can add to your blog very easily.

Just follow below simple steps to create your own Blogger Follow widget.
1. Just Sign in to your Google Account
2. Go to your blog's Dashboard > Design.
3. Just copy the blog Id from the url (Just the number nothing else).




4. Now paste it at the place in the below code marked in red.

<a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=3525850165945512216" target='_blank'><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjp5qgf96Khg3Y5ymq9vh6XCbNP8-S4tadv8k52UpLGtBGEb3_JadW4-C8HnN6JjKQ_ZwEudBWvElhScXoXgVoo761ajUG2DEqNomB3xG4A4cEt-mWF6JR0S8cakIQH4PXG4ff9XC90H5I/s1600/Blogger_Follow_Button.PNG"></a>




5. Now Just go to Blogger Design Add HTML widget.






6. And Just copy paste the above code with your blog id in the widget and Save.


You are all set. From now on you are free from the bulky bad blogger follow widget and you have a very simple blogger follow widget. Once you are done with adding the widget you will see some thing similar to the below image. Looks simple right.





And you can change the image by use your own image! just replace the image link with yours! Good Luck!

Rabu, 6 Februari 2013

Jenis-Jenis Isteri Calon Neraka













1- Tidak Suka Mengerjakan Solat

2-Suka Bercakap Bohong kepada Suami

3-Suka Berhias kepada Orang Lain selain Suaminya

4-Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh Suami

5-Tidak menghormati suami

6-Suka mencari musuh

7-Sombong

8-Tidak takut kepada Allah walau sedikit pun

9-Tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri bila membuat salah

10-Tidak mahu meminta maaf kepada suami

11-Tidak boleh menerima nasihat

12 -Degil dan keras kepala

13 -Merasakan diri lebih baik dari orang lain

14-Suka berpoya-poya

15-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar

16-Suka memandang rendah kepada orang lain

"Nauzubillah, ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian, pintu taubat tidak pernah tertutup selagi kita masih bernyawa dan sebelum dunia ini kiamat, bertaubatlah sementara nadi masih berdenyut, selagi nyawa dan jasad masih belum dikembalikan kepada Maha Pencipta, CUKUPLAH MENYALAHKAN SESAMA SENDIRI, TIDAK ADA GUNANYA"

Selasa, 5 Februari 2013

Cara-cara Menambah Kelajuan Internet anda.....






Klik pada bahagian Downloads lalu pilih ► Speed Limiter ► Settings... ► isikan pada bahagian Maximum download speed for one file dengan angka ► 50000 & klik OK






Kemudian klik ► Downloads ► Options ► Connection
Isi pada Default max.conn.number dengan angka ►16






Setelah itu klik ✔ pada Download Limits isi pada ruangan tersebut dengan angka berikut:

► 500 every
► 1 hours
► klik OK





Selesai!

nk download full version siap key/crack klik sini.

Cara Paling Mudah Melajukan PC,Laptop, atau Notebook anda....



Buat maintenance PC anda

PC di rumah anda dah mula slow jangan risau ada caranya. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu-selalulah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat. Jangan xbuat yer huhuhuhu

Defragment (Defrag) Hard disk

1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter



2. Klik C: drive

3. Tekan butang “Defragment”

  • Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment”
  • AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe .Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya............

Tips – Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak ). Kalau anda malas cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali yer hehe...........

Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dan lain-lain. Ada khabar-kahabar angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar-khabar angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin-rajinkan lah diri anda.K

bye.....

Ahad, 3 Februari 2013

Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 kali Sehari



Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:


“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.


Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”


Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?


Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.


Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).


Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.


“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.


Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”


Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”


Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.


Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.


Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.


Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.


Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.


Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.